Cahaya Kehidupan

CAHAYA KEHIDUPAN

27 July 2013

10 Sebab Anda Suka Raya! - specially brought by WATSONS-

1. Cuti!
Manfaatkan percutian kerana inilah peluang terbaik untuk anda berehat bersama-sama keluarga dan rakan taulan. Relaks.

2. Alasan untuk membeli
Kita semua sukakan barang baru dan memakai pakaian baru sempena Hari Raya. Adakah anda memilih baju kurung, kebaya atau kebarung? Tradisional atau rekaan moden? Peplum atau skirt potongan duyung? Sesungguhnya, pilihan itu tiada batasan!

3. Keluarga saya
Hanya kasih sayang dan keprihatinan keluarga sahaja yang akan membuatkan anda berasa kehidupan ini lebih sempurna. Jadi, berbaloi untuk pulang menemui keluarga walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

4. BFF
Jika anda mengabaikan kawan2 kerana sibuk dengan kerja, inilah masa terbaik untuk menemui kawan2 lama dan mendapatkan khabar terbaru mereka.

5. Paket hijau
Mendapatkan duit ringgit kertas yang baru dan masih keras lagi di dalam paket hijau pasti menyuntik senyuman kepada semua wajah, kecuali org yang memberi! Tetapi itulah semangat bersedekah!

6. Kuih muih hari raya
Ini bukanlah masa untuk berdiet. Lihat pelbagai juadah dan biskut hari raya sudah membuatkan kita terliur. Dari tart nenas, ke cornflake, coklat dan biskut badam, semuanya sukar diketepikan!

7. Kenduri
Makan stail kampung! Tidak ada makanan sesedap rendang ibu. Inilah masakan2 air tangan terbaik yang pernah anda rasa kerana bahan2 utamanya ialah - kasih sayang.

8. Rumah terbuka
Semua orang dijemput! Pada hari istimewa ini, rumah orang Muslim membuka pintu untuk menyambut sahabat handai dan saudara mara untuk sama2 menikmati makanan enak dan mengeratkan lagi silaturrahim.

9. Masa untuk merestui
Dalam pada kita berseronok dan bergembira, ramai yang masih tidak melupakan golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal dan orang miskin dengan mengadakan majlis makan2 dan penyampain derma.

10. Semua dimaafkan
Selamat tinggal Ramadan dan selamat datang Syawal, inilah bulan untuk kita beraya. Ahli keluarga bermaaf-maafan dan semua bergembira tanpa mengira usia!

                  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013....MAAF ZAHIR DAN BATIN...

24 July 2013

PUDING KARAMEL COMEL...

Assalamualaikum smua....selamat berpuasa...:)

Syukur ke hadrat Allah swt kerana kita masih diberi kesempatan utk merasai keindahan bulan Ramadan tahun ini....bulan Ramadan ni la umat Islam berebut2 nk buat amal ibadat kan...ye la bulan Ramadan ni kan bulan yg mulia...bulan yg pnuh keberkatan. Sesungguhnya, tiada bulan seindah Ramadan...

Haa....x lupa jgk adik2, kakak2, n makcik2 kat luar sana tu pun asyik duk pk je juadah apa la yg nak dimasak utk berbuka nti...ye la...nk berbuka bersama keluarga tercinta la katakan...mesti la nk masak yg best2 kan...:)

Tadaaa....ari ni sy nk kongsikan satu resipi dessert yg mmg best la utk berbuka...
PUDING KARAMEL...♥♥♥ jom kita explore kat bwh ni...hehe

Bahan2 puding:
6 biji telur
1 tin susu cair
4sb gula
1sb esen vanila
150ml air
Pastu sdikit tepung jagung...nk bg dia pejal ckit. Lbh kurang 2sudu la...:)

Bahan2 karamel:
5sb gula
2sb air

Cara nk buatnya senang jer...:
Mula2 buat dia punya karamel tu dlu...panaskan gula n air dlm loyang yg nk dikukus nti...kacau hingga gula tu jd perang. Kmudian sejukkan.
Pastu, dlm mangkuk yg lain, campur skali smua bhan2 puding tu perlahan2 smpai dia sebati. Then, tapiskan, curah dlm loyang karamel td. Pastu kukus la lbh kurang 45minit...dah siap, sejukkan, pastu terbalikkan...jadila puding karamel....senangkan....hehe. mmg best dinikmati semasa berbuka puasa bersama keluarga tercinta....:)